2F's anti-virus Pages

| Biz Directorye-ekonomi| Apa itu 2F's| mlm | home | SMI|daftar| Kebajikan| Pertandingan |

Beberapa anti -virus yang dapat membantu kita semua. Tetapi anda harus ingat av bertindak setelah virus di kesan oleh itu langkah berjaga – jaga di pihak pengguna adalah lebih memainkan peranan dalam menangani virus komputer.

Symantec.com adalah satu dari pengeluar antivirus yang ternama di antara banyak - banyak pengeluar anti - virus. Kepakaran yang mereka miliki membolehkan mereka mengesan varian virus sebaik sahaja virus atau worm baru muncul Dapatkan "removal tool" Sorbig di laman web symantec.com. Anda juga boleh dapatkan update sebarang serangan virus dan worm di laman web ini http://www.securityresponse.symantec.com

AVG pula adalah pengeluar antivirus yang memberi satu pembaharuan dalam penggunaan free version anti-virus scanner. Dapatkan free version dari AVG untuk email dan komputer anda di sini. http://www.grisoft.com  sila ikut arahan yang akan di hantar ke email anda sebaik sahaja anda mendaftar untuk download AVG

MCAfee telah mencipta STINGER satu "tool" pembersih untuk membersih 30 varian worm (setakat ini) download dari laman web http://download.nai.com/products/mcafee-avert/stinger.exe

Anda juga boleh scan komputer anda secara on-line dengan menggunakan TrendMicro Virus house call scan di laman ini http://www.housecall.trendmicro.com

Anti – Virus tempatan. Uncle Looi, penggunaan av ini adalah digalakkan agar dapat menigkatkan ekonomi semasa negara dan memperkenalkan kepada dunia luar bahawa Malaysia mempunyai pengeluar av nya sendiri.













Laman ini masih dalam pembinaan apa bila telah siap sepenuhnya laman ini dapat membantu ahli 2fs untuk membuat pemilihan mana satu anti-virus yang sesuai dengan kehendak penggunaan mereka. Laman ini juga di tulis agar dapat membantu ahli 2fs memahami apa itu komputer virus dan jenis-jenisnya. Sebenarnya apa tu virus? Ia adalah sejanis program komputer yang di reka dengan niat untuk menggangu sistem komputer yang di jangkitinya dengan cara memadam file-file atau cakera keras (HD) sesuatu komputer

worm , sejenis file yang boleh "duplicate" sendiri dan menggunakan email untuk menyebarkan dirinya. Di zaman ini worm lebih cepat merebak contohnya CODE RED yang menyebabkan banyak kerugian kepada sistem komputer.

trojan , adalah satu program yang menyamarkan dirinya sebagai contoh sebagai games. Apabila anda download atau copy file program ini dalam HD, dia akan memadamkan file-file anda. Trojan juga akan menghantar maklumat peribadi anda terutama password dan login anda kepada pemilik program trojan ini tanpa anda sedari melalui email.

malicious code, sejenis HTML tag atau script yang di letakkan dalam web page dimana ianya akan bertindak untuk menghantar maklumat yang diingini oleh pencipta code ini semasa anda melayari atau melawati laman web terbabit. Antaranya adalah password anda, email anda dan mungkin data kewangan anda jika anda ada membuat tranksaksi kredit kad melalui web terbabit. Selalunya code ini di letakkan oleh orang lain bukan pemilik asal web tersebut.

hoax, adalah maklumat selalunya melalui email yang menerangkan bahaya serangan virus dalam bentuk yang teknikal sekali hingga kita mempercayainya dan kita pula akan menghantar seberapa banyak email kepada rakan – rakan kita. Padahal berita ini adalah palsu dan situasi ini akan menyebabkan kesesakan dalam talian.

Tips:-



Penafian : laman ini adalah sumber informasi untuk ahli 2fs sahaja, penggunaan setiap antivirus yang di nyatakan di sini adalah atas tanggung jawab individu atau syarikat terbabit yang menggunakan perisian anti virus tersebut , semua jenama dan hak cipta adalah pemilik anti virus itu sendiri. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web anti virus tersebut